Wednesday, 16 March 2011

menangis

aku menangis
saat semua ini menjadi tragis
tanpa aku pinta ini semua terguris

aku kini terasa sendiri
menitik air mata dipipi
berharap akan diakhiri
dugaan ini

mungkin ini saatnya
untuk aku bertanya
siapa aku disisinya
tapi kini kau telah jauh

Saturday, 12 March 2011

jepun

telah kita diberi peringatan
bahawa diri ini adalah insan 
yang hanya duduk dinaungan ikhsan
kerdil dibawah penguasaanNYA

bala bencana bukti kewujudan
antara peringatan atau kebesaran
duanya saling berpautan
tergadahlah sudah sebuah lautan

gegarannya membinggitkan suasana
termpiaran berlari segenap manusia
suara laungan serta tangisan ratapan
takziah buat rakyat jepun terimalah ini satu dugaan

Friday, 11 March 2011

kau bukan untukku

kau dan aku sudah ku tahu akhir cerita
akhir yang telah terduga
namun hati terus derita
tiada kudrat untuk meminta

melihat kau umpama khayalan
yang hanya datang dalam ingatan
datangnya hanya sandaran
bukan untuk dibuat pedoman

menatap matamu
membuat aku terpaku
sungguh kita takkan bersatu
walau kutahu aku mampu menjadi milikmu

telah tertulis segalanya dijunjunganNYA
walau tak ku tahu sebenar isi dalamnya
namun naluri kuat mengatakan
bahawa tiada tempat untuk kita bersama

Thursday, 10 March 2011

Hamba

jadilah insan yang baik
yang bertakwa dan sentiasa tunduk
di dalam paksikan pada ILAHI
berdoa dan menyebut cintaNYA penuh hakiki

Jangan diukur malah dihakimi
kita semua sama disisi
kelemahan itu senantiasa mencemburui
tiada sempurna tiada hakiki

lihatlah pada diri
bukan mencari kelemahan orang dikiri
jadikan kelemahan itu penanda diri
sebagai tanda keinsafan pada yang berhak

teruskan perjuangan mengejar kebaikan
tetapkan hati janganlah dikau abaikan

Tuesday, 8 March 2011

wanita

dari rusuk adam mulanya ciptaan
bukan soal jodoh aku ceritakan
soal insan yang digelar perhiasan
bagi lelaki yang bergelar budiman

bertudung litup berbaju labuh
manis tutur bicara bukan berlengguk tubuh
tenang raut indah terbubuh
akhlak nan mekar tiada celanya

dari zaman masihi telah tercipta
satu sejarah tanpa terduga
walau mulus raut dimuka
namun mampu mengegar  dunia

sembilan bulan rela bertahan
demi satu nyawa tanpa tertahan
lahirnya zuriat atas kekuatan
demi kasih dan sayang rela dikorbankan

kekuatannya tiada bandingan
walau lemah dipandangan
namun hati setajam pedang
tak pernah gentar di medan perang

kelembutan hanya pada luaran
namun kekal dalam ketegasan
jadilah dikau sekalung harapan
mencorak diri seumpama warkah al-Quran

bukan mudah membawa diri
segalanya perlu diadili
maruah jua harga diri
jangan digadai kelak tiada penganti 

Monday, 7 March 2011

mimpi indah

saat mata terpejam
kau buat aku terdiam
menanti kau disudut alam
membuat aku merasa kelam

namun harus aku mengerti
jarak tidak membawa erti
andai hati sama didaki
terasa bagai dialam mimpi

hiba tawa tangisan diri
ceritera hina membawa sepi
andai diturut kata hati
punahlah harapan rosaklah mimpi

kata hati dari jiwa
sampai masa kupergi jua~

Sunday, 6 March 2011

kini aku bersedia

Dengan kalam ALLAH aku memulakan
sekuntum senyuman aku persembahkan
melupakan yang silam memulakan yang indah
semoga segalanya berjalan seperti yang dikehendakan

terbuka hati atas kehendakMU
sedianya aku atas keredhaanMU
berharap mendapat perlindungaMU
temukan aku bersama insan yang dititip olehMU

saban hari berdoa tanpa jemu
agar aku dipertemu
dengan insan yang terbaik untukku
dan terukir senyuman dibibirku

hari demi hari
aku semakin berdiri
kisah yang lama telah diakhiri
semoga segalanya dapat dipelajari




Thursday, 3 March 2011

telah aku temui

Disaat aku kesepian
kau seruku bertemu rumahMU
inilah ketenangan hakiki yang sebenar
terima kasih bawa langkahku kesini

saat aku keseorangan
kau buktikan bahawa tiada kesepian jika hambanya mengingatiMU
walau disisku tiada siapa
tapi aku tenang setenang tenangnya

kesabaranMU menginsafi hambaMU yang hina ini
bersyukur masih lagi hati ini berasa takut
menyedari diri masih dalam kejahilan
namun masih aku diberi peluang

mungkin ini satu petunjuk
agar memaafkan satu kebaikan kemuliaan
dan aku seharusnya cepat memaafkan
kerna itu aku maafkan ketelanjuran kamu

Wednesday, 2 March 2011

Jarak itu

jauh nun disana
bagai sukar untuk dirasa
tinggalnya bukan dipaksa
hanya kerana tuntutan masa

kerana jarak kita terpisah
bukan dekat malah terbelah
hati didalam dah tak boleh blah
berjujuran airmata terpaksa berpisah

pegangan erat tangan tertaut
tanda dihati tetap terpaut
ikrar setia sampai ajal maut
insyaALLAH segalanya tidak kelaut.

buat kawan jangan berduka
kami ada pengubat lara